![]() | |
| indah bukan kalau wanita bertudung |
dalam masa setahun juga la soalan ni main dekat kepale otak ni
x de siape boleh jawab.
Im start wearing tudung after I finish SPM.
Kenape ambil masa begitu lame...
entah saye pun x tahu..(klo org ckp tipu tapi ni la hakikat...)
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah saya jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada saya,
"Baru MASUK ISLAM ke dek?"
Dan kenapa saya memilih untuk bertudung? Biar saya kongsikan bersama mengapa saya bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, saya duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
saya melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam saya memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi
Allah sentiasa bersamaku. Ya Allah sentiasa bersama saya.
Peristiwa Kedua
saya ada membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripada saya
meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
saya melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
saya melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya.
saya menjadi sebak sebab macam tu ke perassan mama kepale ni masih berfikir
Lantas terdetik di hati saya, bagaimana anak saya kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hati saya untuk bertudung. Agar saya mendapat keredhaan
Allah SWT.inyakallah.
Peristiwa Keempat
Selepas hampri setahun saya bertudung saya rase tenang. Mungkin ini la yang sepatutny saya
lakikan tujuh belas tahun lalu. Selepas saya bertudung saya ade bermimpi yang saya telah mati
astarfirullahalazim bangun saje dari tidur terus saya mengucap dua kalimah syahadat. Mimpi ni
bukan la baru tapi dalam semasta 2 ni la. Mungkin ujian allah terhadap saya barangkali.
( ini adalah kisah benar seorang insan yang bernama sofia , budak yang duluny hanya berkawan
dengan orang bukan beragama islam. Dulunya budak ni tidak pandai sangat berbahasa melayu or
english budak ni hanya tahu dan fasih berbahasa cina. Sesiapa yang tahu cerita hidup sofia
sebenarnya lagi perit dan sakit.)
inyakallah kalau ade masa kite tulis tntang hidup kite... biar jadi pengajaran pada orang lain.

No comments:
Post a Comment